Ini menunjukkan cara penanaman tu penting dan lagi satu benih yang kita pakai .
Tempoh matangnya pula hanya 60hari ,lepas tu dah boleh tuai
Pngusaha cndawan misteri ni mnggunakan teknik peraman guna krtas suratkabar lama. Aku x berpeluang utk jumpa dgn owner, tp menurut kata istri bliau, suami dia yg mgusahakan cendawan ni & jual di pasar tani & pasar hari. Aku brhasrat nk tanya lbih lanjut tapi aku tgk layanan yg agak kureng mesra, mngkn cara aku approach yg agak kurang ssuai, yer la...main ambush gitu ja hehe
Next time aku akan lawatan lebih proper & pastikan suami dia ada di rumah bila aku buat lawatan rasmi dlm masa trdekat.
Salaam...aku dpt info pasal costing untuk pmulaan penanaman cndawan ni dari blog rangkaian e-cendawan. Maklumat ni mungkin berbeza bergantung kpd harga bekalan bhn mentah di negeri masing2. Perbezaan pd harga tidaklah sebegitu ketara... selamat maju jaya!
BANGSAL (yang menjimatkan kos)
Bersaiz 20x25 yang menggunakan bahan/kayu 2nd hand.. =RM4000
Ruang kerja (stor habuk,gaul,begging dan kukus) .. =RM1000
.......................................... TOTAL .. =RM5000
Ruang suntik - manafaatkan sudut dalam bangsal. Hadang sikit ruang tu bagi mengelakkan aliran udara yang kuat dan ambil langkah antiseptik sebelum letak benih.
PERALATAN
Dapur 3 lingkar ................= RM50
Tong drum 2 (1 unit dibahagi 2). = RM50
Tong gas + hose ................ = RM100
Paip getah (untuk watering)..... = RM30
Neck,top,stoper, ......... = RM540
Lain-lain overhead cost ..... = RM100
......................... TOTAL = RM870
Kapur 20kg @ RM0.20 ...............=RM4.00
Dedak padi 170kg @ RM0.70...........=RM119.00
Gas (30x kukus)@RM25.00............=RM175.00
Air (5 bulan utk beg dan watering) =RM 50.00
Elektrik (5 bulan).................=RM80.00
Span 3kg @ RM3.50..................=RM10.50
Benih 60 beg,300g/beg @RM3.00 .....=RM180.00
Beg PP 20kg @ RM8.00...............=RM160.00
Habuk (anggaran 1.7 tan)@RM80.00/tan.=RM136.00
Tenaga buruh (untuk 5 bulan) .....=RM500.00
Lain-lain overhead kos ............=RM100.00
.............................TOTAL =RM1514.30
Segala kos mungkin berlainan bergantung sumber bahan diperolehi.
Anggaran beg rosak sebanyak 10%
Maka beg yang mengeluarkan hasil adalah 2700 beg
Setiap beg akan mengeluarkan hasil antara 50g ke 70g dengan anggaran sebanyak 5-6 kali petik.
Oleh itu,secara purata setiap beg akan mengeluarkan sekurang-kurangnya sebanyak 250g.
Dengan 2700 beg akan menghasilkan 675kg cendawan dalam masa 3 bulan penghasilan.
KOS PENGHASILAN 1 KG CENDAWAN = KOS OPERASI /JUMLAH HASIL =RM1514.30/675kg = RM2.24
Murahkan.....bayangkan kalau beg keluarkan lebih 250g (memang lebih),pasti kos makin kurang
Apakah pendapatan bersih anda?