Wednesday, June 4, 2008

Inilah bongkah yang telah disuntik benih pada20/05/08 , baru 25hari dah nak penuh bag .
Ini menunjukkan cara penanaman tu penting dan lagi satu benih yang kita pakai .
Tempoh matangnya pula hanya 60hari ,lepas tu dah boleh tuai
Inilah bongkah yang telah disuntik benih pada 20/05/08,baru 48 bongkah saje
Sebab hujung minggu baru ada free buat bongkah .

Saturday, May 17, 2008

INITIAL START-UP COST KINTA AGROTECH

Salam..sahabat sekursus kita, En. Shukri Othman dah pon memulakan projek cendawan tiram klabu bliau di Ipoh, & brikut adalah kos permulaan yg bliau laburkan scara ringkas. Nak tau lbih detail hubungi bliau di talian 019-4500050/012-5042336.

  1. BANGSAL CENDAWAN 1,919.22
  2. RAW MATERIAL 912.50
  3. EQUIPMENT 137.00
  4. TRANSPORT 220.00
  5. OPERASI 150.00
    TOTAL 3,38.72

Friday, May 16, 2008

LAWATAN SAMBIL LALU

Pagi Ahd lepas, secara kebetulan aku lalu satu area dekat dengan Masjid Kpala Batas, Jitra. Sedang aku dok jalan2 dekat kwsn tuh, aku trnampak bongkah2 cndawan d sbuah rumah, bwh porch bersusun rapi dekat atas meja. Aku jenguk2 & cari2 mana dia tuan rumah ni. So aku pon dgn langkah kiri menuju masuk untuk tgk dgn lebih dekat. Aku nmpak ssuatu yg mnarek ttg bongkah tu...dan aku smpat curi2 amik gambar.








Pngusaha cndawan misteri ni mnggunakan teknik peraman guna krtas suratkabar lama. Aku x berpeluang utk jumpa dgn owner, tp menurut kata istri bliau, suami dia yg mgusahakan cendawan ni & jual di pasar tani & pasar hari. Aku brhasrat nk tanya lbih lanjut tapi aku tgk layanan yg agak kureng mesra, mngkn cara aku approach yg agak kurang ssuai, yer la...main ambush gitu ja hehe

Next time aku akan lawatan lebih proper & pastikan suami dia ada di rumah bila aku buat lawatan rasmi dlm masa trdekat.


posted by nazmy

Sunday, January 13, 2008

INITIAL START-UP COST

Salaam...aku dpt info pasal costing untuk pmulaan penanaman cndawan ni dari blog rangkaian e-cendawan. Maklumat ni mungkin berbeza bergantung kpd harga bekalan bhn mentah di negeri masing2. Perbezaan pd harga tidaklah sebegitu ketara... selamat maju jaya!


BANGSAL (yang menjimatkan kos)

Bersaiz 20x25 yang menggunakan bahan/kayu 2nd hand.. =RM4000
Ruang kerja (stor habuk,gaul,begging dan kukus) .. =RM1000
.......................................... TOTAL .. =RM5000

Ruang suntik - manafaatkan sudut dalam bangsal. Hadang sikit ruang tu bagi mengelakkan aliran udara yang kuat dan ambil langkah antiseptik sebelum letak benih.

Kos bangsal ini adalah flexsible. Cuba kurangkan kos dengan guna bahan terpakai dan yang mana pandai bertukang tu..lagi bagus.

PERALATAN
Dapur 3 lingkar ................= RM50
Tong drum 2 (1 unit dibahagi 2). = RM50
Tong gas + hose ................ = RM100
Paip getah (untuk watering)..... = RM30
Neck,top,stoper, ......... = RM540
Lain-lain overhead cost ..... = RM100
......................... TOTAL = RM870

KOS OPERASI
Kapur 20kg @ RM0.20 ...............=RM4.00
Dedak padi 170kg @ RM0.70...........=RM119.00
Gas (30x kukus)@RM25.00............=RM175.00
Air (5 bulan utk beg dan watering) =RM 50.00
Elektrik (5 bulan).................=RM80.00
Span 3kg @ RM3.50..................=RM10.50
Benih 60 beg,300g/beg @RM3.00 .....=RM180.00
Beg PP 20kg @ RM8.00...............=RM160.00
Habuk (anggaran 1.7 tan)@RM80.00/tan.=RM136.00
Tenaga buruh (untuk 5 bulan) .....=RM500.00
Lain-lain overhead kos ............=RM100.00
.............................TOTAL =RM1514.30

Segala kos mungkin berlainan bergantung sumber bahan diperolehi.

Apakah jumlah pendapatan anda?

Anggaran beg rosak sebanyak 10%
Maka beg yang mengeluarkan hasil adalah 2700 beg

Setiap beg akan mengeluarkan hasil antara 50g ke 70g dengan anggaran sebanyak 5-6 kali petik.
Oleh itu,secara purata setiap beg akan mengeluarkan sekurang-kurangnya sebanyak 250g.
Dengan 2700 beg akan menghasilkan 675kg cendawan dalam masa 3 bulan penghasilan.

KOS PENGHASILAN 1 KG CENDAWAN = KOS OPERASI /JUMLAH HASIL =RM1514.30/675kg = RM2.24
Murahkan.....bayangkan kalau beg keluarkan lebih 250g (memang lebih),pasti kos makin kurang

Apakah pendapatan bersih anda?

Harga cendawan = RM8.00/kg
Maka pendapatan kasar = RM8.00x675kg = RM5400.00
Kos operasi = RM1514.30
Pendapatan bersih = RM5400-RM1514.30 = RM3885.70
Pendapatan bersih sebulan (selama 3 bulan penghasilan)= RM1295.20

Tetapi harus diingat, kita masih perlukan 2 bulan untuk pemeraman, jadi masa sebenar untuk mendapat pendapatan kasar tu ialah selama 5 bulan.
Oleh itu pendapatan bersih sebenar sebulan ialah RM3885.70/5 = RM777.14

Agak berbaloi kerana anda hanya perlu kerja 2 jam sehari untuk 3 bulan terakhir tu.
Bayangkan pulak kalau anda rajin pegi jual sendiri cendawan tu kat pasar pada RM10.00/kg.
Dalam masa 5-6 bulan sahaja, pelaburan untuk bangsal dah dapat balik.

Ini hanyalah panduan secara kasar untuk mencongak pendapatan kita.
Mungkin ada kaedah pengiraan yang lebih bagus, sama-sama kita kongsi maklumat.

Wednesday, January 9, 2008

HARGA BAHAN MENTAH UNTUK CENDAWAN

Salam semua,
Disini saya berharap kekawan semua dapat menyenarai harga-harga barang seperti
1) Habuk kayu
2) Dedak Padi
3) Kapur Pertanian
4) Set net,Cap dan stopper
5) Beg Plastik
6) Benih

Semoga ianya dapat dijadikan panduan.Bersama2lah kita berkongsi ilmu dan pendapat.Bak pepatah melayu,kalau sebatang lidi dilentur, maka akan patah lidi itu, tetapi jika batang lidi yg banyak dikumpul dan diikat, nescaya jika akan utuh dan kuat hendaknya.


Sekian, wasalam

Irwan

Monday, January 7, 2008

ARTIKEL MNARIK DI HARIAN METRO, AHAD 6 JANUARI

Sekadar berkongsi mklumat, dlm Harian Metro kluaran Ahad lepas (6 Jan 2008) ada artikel ttg pngusaha cendawan tiram di Sepang, Selangor. Encik Nabil, lulusan prakaunan dari IPT luar negara, mnjadi pngusaha cendawan dgn hasil pngeluaran lebih 100kg sehari. Sila baca & ikuti pnduan & cabaran yg bliau tempuhi dalam mngusahakan tanaman cndawan ini. Manarik untuk dijadikan pedoman.