Sunday, January 13, 2008

INITIAL START-UP COST

Salaam...aku dpt info pasal costing untuk pmulaan penanaman cndawan ni dari blog rangkaian e-cendawan. Maklumat ni mungkin berbeza bergantung kpd harga bekalan bhn mentah di negeri masing2. Perbezaan pd harga tidaklah sebegitu ketara... selamat maju jaya!


BANGSAL (yang menjimatkan kos)

Bersaiz 20x25 yang menggunakan bahan/kayu 2nd hand.. =RM4000
Ruang kerja (stor habuk,gaul,begging dan kukus) .. =RM1000
.......................................... TOTAL .. =RM5000

Ruang suntik - manafaatkan sudut dalam bangsal. Hadang sikit ruang tu bagi mengelakkan aliran udara yang kuat dan ambil langkah antiseptik sebelum letak benih.

Kos bangsal ini adalah flexsible. Cuba kurangkan kos dengan guna bahan terpakai dan yang mana pandai bertukang tu..lagi bagus.

PERALATAN
Dapur 3 lingkar ................= RM50
Tong drum 2 (1 unit dibahagi 2). = RM50
Tong gas + hose ................ = RM100
Paip getah (untuk watering)..... = RM30
Neck,top,stoper, ......... = RM540
Lain-lain overhead cost ..... = RM100
......................... TOTAL = RM870

KOS OPERASI
Kapur 20kg @ RM0.20 ...............=RM4.00
Dedak padi 170kg @ RM0.70...........=RM119.00
Gas (30x kukus)@RM25.00............=RM175.00
Air (5 bulan utk beg dan watering) =RM 50.00
Elektrik (5 bulan).................=RM80.00
Span 3kg @ RM3.50..................=RM10.50
Benih 60 beg,300g/beg @RM3.00 .....=RM180.00
Beg PP 20kg @ RM8.00...............=RM160.00
Habuk (anggaran 1.7 tan)@RM80.00/tan.=RM136.00
Tenaga buruh (untuk 5 bulan) .....=RM500.00
Lain-lain overhead kos ............=RM100.00
.............................TOTAL =RM1514.30

Segala kos mungkin berlainan bergantung sumber bahan diperolehi.

Apakah jumlah pendapatan anda?

Anggaran beg rosak sebanyak 10%
Maka beg yang mengeluarkan hasil adalah 2700 beg

Setiap beg akan mengeluarkan hasil antara 50g ke 70g dengan anggaran sebanyak 5-6 kali petik.
Oleh itu,secara purata setiap beg akan mengeluarkan sekurang-kurangnya sebanyak 250g.
Dengan 2700 beg akan menghasilkan 675kg cendawan dalam masa 3 bulan penghasilan.

KOS PENGHASILAN 1 KG CENDAWAN = KOS OPERASI /JUMLAH HASIL =RM1514.30/675kg = RM2.24
Murahkan.....bayangkan kalau beg keluarkan lebih 250g (memang lebih),pasti kos makin kurang

Apakah pendapatan bersih anda?

Harga cendawan = RM8.00/kg
Maka pendapatan kasar = RM8.00x675kg = RM5400.00
Kos operasi = RM1514.30
Pendapatan bersih = RM5400-RM1514.30 = RM3885.70
Pendapatan bersih sebulan (selama 3 bulan penghasilan)= RM1295.20

Tetapi harus diingat, kita masih perlukan 2 bulan untuk pemeraman, jadi masa sebenar untuk mendapat pendapatan kasar tu ialah selama 5 bulan.
Oleh itu pendapatan bersih sebenar sebulan ialah RM3885.70/5 = RM777.14

Agak berbaloi kerana anda hanya perlu kerja 2 jam sehari untuk 3 bulan terakhir tu.
Bayangkan pulak kalau anda rajin pegi jual sendiri cendawan tu kat pasar pada RM10.00/kg.
Dalam masa 5-6 bulan sahaja, pelaburan untuk bangsal dah dapat balik.

Ini hanyalah panduan secara kasar untuk mencongak pendapatan kita.
Mungkin ada kaedah pengiraan yang lebih bagus, sama-sama kita kongsi maklumat.

Wednesday, January 9, 2008

HARGA BAHAN MENTAH UNTUK CENDAWAN

Salam semua,
Disini saya berharap kekawan semua dapat menyenarai harga-harga barang seperti
1) Habuk kayu
2) Dedak Padi
3) Kapur Pertanian
4) Set net,Cap dan stopper
5) Beg Plastik
6) Benih

Semoga ianya dapat dijadikan panduan.Bersama2lah kita berkongsi ilmu dan pendapat.Bak pepatah melayu,kalau sebatang lidi dilentur, maka akan patah lidi itu, tetapi jika batang lidi yg banyak dikumpul dan diikat, nescaya jika akan utuh dan kuat hendaknya.


Sekian, wasalam

Irwan

Monday, January 7, 2008

ARTIKEL MNARIK DI HARIAN METRO, AHAD 6 JANUARI

Sekadar berkongsi mklumat, dlm Harian Metro kluaran Ahad lepas (6 Jan 2008) ada artikel ttg pngusaha cendawan tiram di Sepang, Selangor. Encik Nabil, lulusan prakaunan dari IPT luar negara, mnjadi pngusaha cendawan dgn hasil pngeluaran lebih 100kg sehari. Sila baca & ikuti pnduan & cabaran yg bliau tempuhi dalam mngusahakan tanaman cndawan ini. Manarik untuk dijadikan pedoman.

Sunday, January 6, 2008

LANGKAH PERTAMA


Ni rupa bntuk rak yg aku bikin sndiri guna kayu2 2nd yg aku cari2 kat blakang rumah...bnyk dh di mkn anai2, yg selamat ada la 3-4 batang. Aku buat tak ikut skala yg hj. bg masa krsus aritu, aku try buat yg kecik ni dulu,lbih kurang 4kaki tinggi...amacam?

Bongkah cemey yg hj. bg haritu dh genap 14hari, maka langkah setrusnya kita kna letakkn bongkah trsebut atas rak either kita beli rak siap pasang or rak kasut or bikin sendiri, whatever method u choose, pastikan bongkah2 tu tidor utk pemeraman slama 79 hari.

Rupa bantuk bongkah selepas 14 hari...

Masilium dah mula tumbuh dalam stiap bongkah,aku smpat telefon & inform pn. awaliah& dia ucapkan thniah, bangga la sat hehehe.

Tanah sekangkang beruk kat blakang rumah aku dah 70% cleared, hari Rabu ni insyaAllah akan settlekan 100%. Ok, update lg di lain posting!

Wednesday, January 2, 2008

Peserta Kursus Cendawan Di Atiqah Training Center (22-23 Dec 2007)





Ayak bang.jgn tak ayak........(Proses menapis habuk kayu)

Siap untuk dikukus



Cendawan perlu dibelai dan disiram, ermmm....baru keluar hasil yang baik. (Haji Johari menunjukkan cara2 menyejukkan bongkah cendawan)